Hari Interaksi SKSSJ

Friday, July 9, 2010

Hari ini (Sabtu 10.7.2010) SK Sri Subang Jaya mengadakan Hari Interaksi bersama ibu bapa murid sekolah ini.
Bilik j-QAF pula mengadakan pameran berkaitan dengan P&P j-QAF dan Pendidikan Islam.
Ada sudut Bahasa Arab dipamerkan model rumah dan dilabelkan nama-nama benda yang wujud dalam sebuah rumah seperti pintu (baabun), jendela (naafizatun), tangga (sullamun), pagar (siyaajun), dan lain-lain. Juga dipamerkan hairan-haiwan jinak dan liar serta dilabelkan nama-nama haiwan tersebut dalam bahasa arab.
Ada juga sudut jawi dan dipamerkan bahan-bahan bantu mengajar seperti permainan boling dan ikan yang berhuruf jawi. Sudut al-Quran dan Kem Bestari Solat pula dipamerkan beberapa jenis tafsir al-Quran dan buku-buku yang digunakan untuk Kem Bestari Solat.
Sudut Pendidikan Islam pula dipamerkan hasil kerja murid seperti buku skrap. Juga dipamerkan air mutlak dan jenis-jenis air mutlak yang diisi ke dalam beberapa botol serta dilabelkan nama-namanya seperti air hujan, air laut, air sungai, air salji, air mata air, air perigi dan air air embun.
Pengunjung juga boleh mencuba untuk bertayammum di sudut pendidikan Islam.
Semoga anda gembira dan seronok serta mendapat ilmu apabila berkunjung ke bilik j-QAF.

Read more...

PKSR 2 BAHASA ARAB 2010

Monday, May 24, 2010

24 - 27 MEI 2010

Dijalankan PKSR 2 Bahasa Arab untuk:

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Semoga murid-murid j-QAF semua dapat menjawab dengan baik.

Read more...

KEM BESTARI SOLAT 2

Tuesday, May 11, 2010

Pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SK Sri Subang Jaya akan mengadakan program Kem Bestari Solat seperti ketetapan berikut:

Tahun 1, 2 dan 3

Hari: Rabu
Tarikh: 12 Mei 2010
Masa: 12.30 - 5.30 petang




Tahun 4 dan 5
Hari: Rabu
Tarikh: 19 Mei 2010
Masa: 1.00 - 4.15 petang
4.30 - 6.00 petang (koku)


Alat-alatan:

1. Songkok (murid lelaki)
2. Telekung (murid perempuan)
3. Selipar
4. Alat tulis

Makanan dan minuman akan disediakan. Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Nota (buku KBS) disediakan setiap murid mengikut tahun.

Peringatan: Kehadiran adalah WAJIB

Read more...

KEM BESTARI SOLAT 1

Monday, March 22, 2010

Pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SK Sri Subang Jaya akan mengadakan program Kem Bestari Solat seperti ketetapan berikut:

Tahun 4 dan 5

Hari: Rabu
Tarikh: 24 Mac 2010
Masa: 1.00 - 4.15 petang
4.30 - 6.00 petang



Tahun 1, 2 dan 3

Hari: Sabtu
Tarikh: 27 Mac 2010
masa: 7.30 pagi - 12.30 tengahari


Alat-alatan:

1. Songkok (murid lelaki)
2. Telekung (murid perempuan)
3. Selipar
4. Alat tulis

Makanan dan minuman akan disediakan. Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Nota (buku KBS) disediakan setiap murid mengikut tahun.

Peringatan: Kehadiran adalah WAJIB

Read more...

Pemulihan Jawi

Saturday, February 27, 2010

Pendahuluan

Program Pemulihan Jawi adalah satu usaha mengatasi masalah keciciran pembelajaran dan kemahiran murid dalam tulisan jawi. Ia diajar oleh guru yang dilatih khas di bawah program j-QAF. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mengikut modul jawi yang disediakan oleh JAPIM. Kelas pemulihan ini dijalankan serentak dengan jadual waktu matapelajaran jawi di sekolah.


Matlamat

Matlamat matapelajaran pemulihan jawi adalah untuk membolehkan murid-murid yang ketinggalan jawi dipulihkan dan menyertai murid-murid lain di kelas jawi biasa.


Objektif

Setelah mengikuti kelas pemulihan jawi murid dapat :-

- Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi tunggal
- Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi bersambung
- Mengenal, membaca dan menulis suku kata terbuka
- Mengenal, membaca dan menulis suku kata tertutup
- Membaca dan menulis rangkaikata dan ayat
- Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman
- Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek
- Mengenal dan menggunakan tanda baca
- Membaca dan menulis pelbagai jenis teks mudah daripada pelbagai bahan
- Mengenal dan meniru seni khat

Read more...

PKSR Tahun 3 - Penilaian 1 & 2

Friday, February 26, 2010

Pada Tahun 2010 ini, PKSR Tahun 3 dilaksanakan dengan mengadakan penilaian 1 -4.

Penilaian 1 dan 2 merangkumi 100 % markah keseluruhan untuk markah pertengahan tahun, manakala penilaian 3 dan 4 merangkumi 100% markah keseluruhan untuk markah akhir tahun.

Sama-sama klik di sini untuk mendapatkan soalan penilaian 1 (Mac) dan di sini untuk mendapatkan soalan Penilaian 2 (Mei)

Kata Laluan/Password: BPK2388

Read more...

Kem Bestari Solat

Pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SK Sri Subang Jaya akan mengadakan program Kem Bestari Solat seperti ketetapan berikut:

Tahun 4 dan 5

Hari: Rabu
Tarikh: 24 Mac 2010
Masa: 1.00 - 4.15 petang
4.30 - 6.00 petang



Tahun 1, 2 dan 3

Hari: Sabtu
Tarikh: 27 Mac 2010
masa: 7.30 pagi - 12.30 tengahari


Alat-alatan:

1. Songkok (murid lelaki)
2. Telekung (murid perempuan)
3. Selipar
4. Alat tulis

Makanan dan minuman akan disediakan. Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Nota (buku KBS) disediakan setiap murid mengikut tahun.

Peringatan: Kehadiran adalah WAJIB

Read more...

Sukatan Pelajaran & HSP

Sukatan Pelajaran Bahasa Arab
Sila masuk sini

Huraian Sukatan Bahasa Arab
Sila masuk sini

Huraian Sukatan Pendidikan Islam
Sila masuk sini

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP