Hari Interaksi SKSSJ

Friday, July 9, 2010

Hari ini (Sabtu 10.7.2010) SK Sri Subang Jaya mengadakan Hari Interaksi bersama ibu bapa murid sekolah ini.
Bilik j-QAF pula mengadakan pameran berkaitan dengan P&P j-QAF dan Pendidikan Islam.
Ada sudut Bahasa Arab dipamerkan model rumah dan dilabelkan nama-nama benda yang wujud dalam sebuah rumah seperti pintu (baabun), jendela (naafizatun), tangga (sullamun), pagar (siyaajun), dan lain-lain. Juga dipamerkan hairan-haiwan jinak dan liar serta dilabelkan nama-nama haiwan tersebut dalam bahasa arab.
Ada juga sudut jawi dan dipamerkan bahan-bahan bantu mengajar seperti permainan boling dan ikan yang berhuruf jawi. Sudut al-Quran dan Kem Bestari Solat pula dipamerkan beberapa jenis tafsir al-Quran dan buku-buku yang digunakan untuk Kem Bestari Solat.
Sudut Pendidikan Islam pula dipamerkan hasil kerja murid seperti buku skrap. Juga dipamerkan air mutlak dan jenis-jenis air mutlak yang diisi ke dalam beberapa botol serta dilabelkan nama-namanya seperti air hujan, air laut, air sungai, air salji, air mata air, air perigi dan air air embun.
Pengunjung juga boleh mencuba untuk bertayammum di sudut pendidikan Islam.
Semoga anda gembira dan seronok serta mendapat ilmu apabila berkunjung ke bilik j-QAF.

1 comments:

Post a Comment

Sukatan Pelajaran & HSP

Sukatan Pelajaran Bahasa Arab
Sila masuk sini

Huraian Sukatan Bahasa Arab
Sila masuk sini

Huraian Sukatan Pendidikan Islam
Sila masuk sini

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP